Sunday, February 16, 2020

Materialisme

Hello guys. Selamat datang ke blog perkongsian saya (MIKE HELLYWELL SENGAWON) dan kawan saya (KENNY JUNING) . Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang anda semua berikan terlebih-lebih kepada mdm. ZAINAB MOHAMAD AHMAD kerana telah banyak membantu kami dalam penyelidikan serta pencarian sumber rujukan. Tajuk blog yang kami buat ini ialah cabaran-cabaran dalam membentuk masyarakat malaysia dari segi materialisme dan siapakah pengasasnya pada ketika dahulu. Tetapi sebelum itu, kami ingin meminta maaf jika pembahasan kami tidak begitu memuaskan ataupun konteksnya yang tidak bersesuaian. Terima kasih. :)


CABARAN-CABARAN DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA DARI SEGI MATERIALISME


1. Apa itu materialisme? 
Kepercayaan materialisme merupakan sebahagian penyelewengan yang berlaku semenjak tamadun awal manusia yang mempercayai kewujudan hanyalah melalui unsur nyata dan realiti. Materialisme berasal daripada perkataan yunani "materia" yang bermaksud benda (yang berjirim dan berjisim). Materialisme ialah satu fahaman yang menganggap kewujudan hanyalah berunsurkan material lalu pemikiran, jassad, pengetahuan, alam dan sebagainya. Semuanya menolak kewujudan spiritual, metafisik dan unsur ghaib. Dalam kata lain, perbuatan tidak bermoral yang menggoda, kedudukan tinggi yang diidamkan, sikap mendahulukan diri, dan daya tarikan nasionalisme juga berpunca dari materialisme. 




 ~Oxford Advanced Learner’s


Menurut kamus Oxford Advanced Learner’s, materialisme bererti teori-teori atau kepercayaan bahawa material sahaja yang wujud. Manakala menurut Encyllopedia Britanica, materialisme dari sudut falsafah bererti pandangan bahawa semua fakta atau hakikat termasuk hakikat yang berkaitan dengan pemikiran manusia, kecenderungan dan sebab akibat sejarah manusia adalah semuanya bergantung kepada proses fizikal atau benda. 




    ~Encyllopedia Britanica

Melalui J.J.C Smart menyatakan materialisme adalah satu teori yang menganggap bahawa tiada sesuatupun yang berlaku di dunia ini melainkan seluruhnya ditentukan oleh fizik (benda). Beliau lebih ekstrim serta menolak di dalam alam ini wujudnya apa yang dipanggil non-fizikal (metafizik) dan undang-undang non-fizikal.




2. Sejarah perkembangan materialisme

   ~Democritus dari Abdera

Perkembangan Materialisme dari sudut falsafah sudah wujud pada zaman Yunani lagi. Ahli falsafah Yunani yang mengembangkan materialism ialah Democritus dari Abdera yang hidup sekitar tahun 460 S.M hingga 360 S.M. Beliau dianggap sebagai Bapa Materialisme oleh William A.Shakian. Bagaimanapun mengikut pengkaji falsafah, kebanyakan ahli falsafah Yunani sebelum Socrates, Plato dan Aristotle adalah terdiri daripada mereka yang materialis kerana mereka berpendapat sebab sesuatu benda itu mestilah sejenis dengan hakikat atau essensi benda itu sendiri. Oleh kerana itu, hanya material atau benda sahaja satu-satunya yang wujud, tiada metafizik atau Tuhan yang menjadikan segala sesuatu yang terdapat dalam alam ini.




  ~Epicurus pada kurun ke-3 

Falsafah ini diteruskan oleh Epicurus pada kurun ke-3 SM melalui konsep kewujudan hanyalah melalui alam realiti dan bukannya alam ghaib atau metafisik. Beliau dianggap sebagai bapa Metarialisme oleh penduduk pada zaman itu kerana menolak kewujudan spiritual dan fahaman idealisme plato serta Neo Platonisme. Seterusnya Materialisme moden kemudiannya diteruskan oleh Thomas Itobbes pada kurun ke-16 M. Beliau banyak berbahas tentang fenomena fisik dan menolak metafisik. 




3. Falsafah ini diteruskan sehingga hari ini. Tapi, siapakah penerus falsafah ini pada masa sekarang? 
Siapa lagi kalau bukan anak-anak muda sekarang. Tetapi bukan semuanya bersikap sedemikian tapi cuma segelintir sahaja. Gaya hidup materialisme pada saat ini sudah bermaharajalela di kalangan manusia-manusia masa kini. Gaya hidup seperti ini menjadi ajang perlombaan untuk menunjukkan harta atau kekayaan yang dimiliki seseorang, semakin orang mengejar kesenangan dunianya semakin jauh pula orang-orang yang seperti ini dari Tuhan-Nya. Bahkan mereka cenderung meninggalkan urusan-urusan akhiratnya.




4. Punca terjadinya budaya materialisme?

Hal in kerana masyarakat kini menjadi terlalu obses dengan kebendaan atau materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta apa yang dipakainya, rumah bagaimana yang didiaminya serta di mana, selain jenama pakaian apa yang dipakainya. Bak kata orang, 'yang kaya disanjung dan yang miskin dihina'.
Ramai anak muda sekarang yang menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat-tempat eksklusif dengan mempamearkan kad kredit di sana sini. Kemudian, post di laman media sosial untuk mendapatkan pujian dan like yang banyak. Secara tidak langsung, ramai yang mula bersikap sombong dengan mempamerkan kemewahan mereka kepada orang ramai.



5. Punca terjadinya materialisme dalam diri, keluarga dan rakan

a. Diri
Antara punca terjadinya materialisme dalam diri adalah sikap pentingkan diri sendiri menyebabkan punca fitnah berleluasa. Sikap mementingkan diri ini adalah antara punca penyebabnya masyarakat tanpa tiada rasa segan atau malu untuk menfitnah orang lain. Puncanya adalah akibat daripada kurang didikan agama yang mana sangat berkait rapat dengan hati. Bertambah buruk lagi apabila materialisme ini diutamakan dalam segala aspek kehidupan.

b. Keluarga
Antara punca terjadinya materialisme dalam keluarga adalah ketua ataupun ahli keluarga yang terlalu obses dengan hal kebendaan ataupun ingin memenuhi kehendak. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa keluarga ataupun lebih terperinci iaitu ketua keluarga yang sanggup mengikat perut demi membeli kereta yang berjenama manakala si istri pula obses dengan membeli barang-barang seperti pakaian, lipstik, perhiasan badan dan sebagainya yang berjenama juga. Bak kata orang 'yang kaya disanjung dan yang miskin dihina'. Hal ini juga boleh disebabkan dari sikap diri yang tidak berjimat cermat. 

C. Rakan
Antara punca terjadinya materialisme dalam rakan adalah seperti bak kata orang 'ada duit ada kawan, tiada duit tiada kawan'. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir rakan-rakan kita ini ada yang betul-betul ikhlas berkawan dan ada juga yang masa kita senang dia ada manakala masa kita susah dia tiada. Walaupun kawan-kawan kita itu manusia biasa, tetapi kita jangan lupa bahawa rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Punca material disini adalah mereka ingin mengejar hal kebendaan iaitu duit. 



6. Impak negatif terhadap masyarakat

Oleh disebabkan dunia teknologi yang semakin berkembang maju pada masa kini, maka laman media sosial seperti Intagram dan Facebook misalnya dijadikan sebagai satu platform untuk berkongsi aktiviti dengan rakan-rakan mahupun orang luar. Jadi, ramai yang gemar menunjuk-nunjuk kemewahan hidup mereka di situ. Akibatnya semua akan berlumba-lumba untuk kaya. Kita sendiri boleh lihat bagaimana setiap kali musim perayaan disambut setiap tahun, di mana sanak saudara berkumpul di kampung merupakan masa yang sangat sesuai untuk mereka saling menunjuk-nunjuk dan mempamerkan kebendaan seperti kereta baharu.



7. Cara mengatasi sikap materialisme di kalangan masyarakat

Terdapat beberapa cara mengatasi sikap materialisme di kalangan masyarakat antaranya, ialah kita mestilah menghindari sifat tamak dan rakus. Contohnya, kita haruslah bersyukur apa adanya, jangan menginginkan lebih lagi ataupun meminta lebih lagi. Selain itu, menghindari sifat dengki dan sombong. Contohnya, jangan la di antara kita memiliki talam dua muka bila di depan pura-pura malaikat tapi bila di belakang syaitan. Ada juga peribahasa rambut sama hitam hati lain-lain. Seterusnya, kita haruslah menjalin sosialisasi dengan lingkungan masyarakat yang sederhana. Dalam erti kata lain, menghindari diri daripada terjebak dengan dunia yang berfoya-foya.


8. Kesimpulan

Kesimpulannya, berbaliklah kepada nilai-nilai yang diajar oleh agama Islam. Bersederhana itu lebih baik kan?. Ini sekadar peringatan kita bersama. Ya, tidak berguna pun untuk hidup bermegah-megah dengan kemewahan jika hidup kita tidak direstui oleh tuhan. Buanglah sifat riak, hasad dengki semua itu supaya hidup lebih tenang.